Money Money Money…

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kuasa VFB ini merupakan ebook kedua saya mengenai pemasaran internet melalui Facebook. Sebelum ini saya telah menghasilkan sebuah panduan bagaimana kita ingin ingin beriklan di Facebook dengan amat murah sekali. Bagi sesiapa yang belum tahun mengenai Panduan FBA, sila kunjungi ke web jualan www.PanduanFBA.com.

Kuasa Viral Facebook ini adalah bagaimana kita ingin memasarakan APA JUA yang kita mahu di dalam Facebook tetapi TANPA KOS. Kalau ada pun, hanya kos hosting sahaja. Kenapa ianya PERCUMA dan TANPA KOS? Ini adalah kerana Facebook merupakan laman sosial yang begitu menarik sekali. Oleh sebab mereka ingin mengekalkan pengunjung dan pengguna laman sosial mereka, mereka telah cipta ruang untuk Developer, iaitu pembangun-pembangun software, javascripts dan applikasi untuk mencipta applikasi yang boleh menyeronokkan pengunjung dan pengguna laman sosial mereka. Developers tidak akan dikenakan sebarang caj jika mereka menghasilkan sebarang applikasi di dalam Facebook walaupun mereka boleh mendapat keuntungan daripada itu. Bagaimana kita mahu memasarkan produk kita? Senang saja, kita hanya perlu memasukkan kod-kod yang tertentu di dalam applikasi yang akan kita bina nanti. Jadi para pengguna Facebook yang menggunakan applikasi kita akan ternampak iklan kita. Jadi ini boleh dikatakan seperti “Menyelam sambil minum air”. Di dalam Kuasa Viral Facebook ini saya akan ajarkan bagaimana
untuk menghasilkan applikasi untuk Facebook dengan cara yang paling mudah sekali.

Anda faham mengenai konsep viral marketing? Kalau tidak saya akan cuba ungkapkan apa maksud pemasaran viral (viral marketing) secara ringkas dan padat. Ok, katakanlah Pak Ali ini suka memancing di kolam memancing Ah Seng. Suatu hari, Pak Ali pergi ke sebuah majlis perkahwinan anak rakannya. Ketika dia sedang makan, dia telah menceritakan pengalamannya memancing di kolam memancing Ah Seng. Pakcik-pakcik yang makan bersama Pak Ali tadi mengangguk-angguk mengenai cerita oleh Pak Ali. Kemudian selepas makan mereka balik ke rumah masing-masing dan bercerita pula kepada ahli keluarga mereka tentang hasrat mereka untuk memancing di kolam memancing Ah Seng. Selepas itu kemungkinan besar ada di antara anak-anak pakcik tadi akan menceritakan kepada kawan mereka pula mengenai kolam memancing Ah Seng. Di sini kita boleh lihat, kolam memancing Ah Seng tilah dipopularkan dengan konsep pemasaran viral. Pemasaran viral ini akan berterusan dan tanpa henti kerana promosi secara sedar ataupun tidak sedar . Baiklah, sekarang saya akan menerangkan bagaimana kita boleh melakukan pemasaran viral di Facebook.com iaitu laman sosial No.1 yang paling terkenal di dunia. Saya yakin anda juga sudah pun mempunyai akaun Facebook. Jika belum, cepat-cepatlah mendaftar dan alami keseronokan di Facebook bersama rakan-rakan. Hehehe.. Di dalam akaun Facebook saya ada dalam lebih kurang 750 orang rakan. Ada yang saya selalu jumpa dan ada yang tidak. Jika saya ada update apa-apa mengenai diri saya di dalam profile Facebook saya, semua rakan saya di dalam Facebook akan mendapat feed update mengenai saya. Kemudian, jika di antara rakan saya itu memberi comment mengenai update saya, rakan-rakan kepada rakan saya pula akan dapat update mengenai rakan saya. Faham kan? Saya tahu anda dapat faham. Anda bijak-bijak belaka! Ameeenn..

SELAMAT MEMBACA DAN MENCUBA !!!

Share.

About Author

Leave A Reply